Melihat beberapa kekacauan yang terjadi di dalam negeri pada masa itu, maka adalah seorang alim besar namanya 'Abdullah bin Tasyfin, dia ahli fekah yang masyhur di negeri Soes. Maka didirikan-nya kekuasaan di negeri Soes, diatumya bala tentera buat menguatkan kedudukannya. Yang diangkatnya menjadi kepala bala tentera ialah anak saudara perempuannya (Keponakannya) Abu Bakar. Negeri-negeri yang telah dapat mereka rampas dan lain kekuasaan; ialah negeri Dahrah dan lain-lain. Dalam tahun 1068 dapat dikuasainya Bukit Hijau (Jabal Atlas). Setelah itu Abu Bakar tersebut mendirikan negeri Marrakish (Morocco). Partinya dinamainya Murabitin, artinya golongan yang bertekun menyembah Allah di dalam Rubath (tempat yang tersedia di samping masjid), dan bersatu serta setia segala anggota yang masuk ikatan perkumpulan itu.
Setelah 'Abdullah bin Tasyfin meninggal, diangkat orang menjadi gantinya pamannya Yusof bin Tasyfin. Di zaman pemerintahan Yusof ini dibelinya budak banyak-banyak dari negeri Genua, lalu dididiknya menjadi seldadu. Dengan bala tentera yang sebahagian besar terdiri dari budak-budak itu, dapatlah mereka merampas negeri Faas, dari tangan bani Idris yang telah lemah, dan dapat pula dirampasnya negeri Miknas dari tangan bangsa Arab dan Barbar. Kemudian itu berturut-turut jatuh negeri Tanjah (Tanger), Sibtah dan Salah. Sejak itu penduduk Maghribi mengakui kekuasaan Murabitin itu, iaitu dalam tahun 1084M.
Setelah kaum Muslimin di Sepanyol terdesak oleh kekuasaan bangsa Sepanyol, sehingga persatuan mereka menjadi kucar-kacir, maka raja-raja Granada dan Sevilla bersatu hati hendak meminta perlindungan kepada Yusof bin Tasyfin, yang telah mulai kuat ke-kuasaannya di Afrika. Ibnu 'Abbaad yang menganjurkan pemanggilan tentera raja Afrika itu telah ditegur oleh orang-orang besamya lantaran dia meminta perbantuan itu, takut kalau-kalau negeri mereka kelak akan dikuasai oleh kerajaan itu. Ibnu 'Abbaad menjawab: 'Menjadi gembala unta di padang pasir Afrika, lebih saya sukai daripada menjadi gembala babi di tanah Sepanyol sendirian.' Lantaran permintaan itu, maka datanglah Yusof bin Tasyfin ke negeri Sepanyol dengan bala tentera yanq besar dan kuat. Pertahanan kaum Nasrani Sepanyol dapat dihancur-leburkannya. Tetapi kebetulan saja apa yang diramal-kan orang bemnula. Setelah terlihat olehnya kebagusan dan kemajuan negeri Andalusia itu, temiatlah hatinya hendak menguasai terus negeri itu. Tentu saja penduduk Arab (Moor) yang asli di Scpanyol tidak bersenang hati mendengar maksud demikian, sehingga timbullah perpecahan batin. Maksud mereka meminta bantu kepada Murabitin dahulu, hanyalah lantaran mengharap perbuatan scagama, rupanya raja itu telah mengandung maksud lain pula, 'berudang di balik batu'. Sejak itu timbullah rasa benci di antara kedua belah pihak, iaitu Muslimin Sepanyol yang meminta bantuan dengan Muslimin yang membantu. Bangsa Sepanyol Nasrani lekas tahu akan hal ini, disebab-kan banyak spion (pengintip) mereka di dalam kalangan kaum Muslimin. Waktu itulah mereka menyusun tentera yang kuat kembali, hendak memerangi kaum Muslimin yang telah berpecah itu.
Meskipun kuat tentera Sepanyol, namun tentera Murabitin malah lebih kuat lagi: Walaupun dia tidak mendapat bantuan dari anak negeri Arab sendiri, sebab kedatangannya telah dipandang oleh bangsa Arab Sepanyol bukan hendak membantu, tetapi hendak merampas kemerdekaan orang yang dibantu, namun maksudnya tercapai juga. Bala tentera Murabitin menang menghadapi musuh-musuhnya, sehingga negeri Qurthubah (Cordova), Ghamathah (Granada), Isybiliya (Sevilla) dan lain-lain dapat ditaklukkannya. Kepala-kepala negeri dan raja-raja di negeri itu ditawannya lalu dibuangnya ke Afrika.
Setelah sebahagian besar negeri Andalusia itu ditaklukkannya barulah mereka mengarahkan langkah untuk menaklukkan Afrika Tengah. Pada masa itu muncullah seorang yang bernama Abu Bakar bin 'Amir. Dia adalah salah seorang pengikut raja Sunni 'Ali, asalnya ialah dari bangsa Barbar. Telah dapat ditegakkannya suatu kerajaan bemama Sungai di negeri Ghanah dalam tahun 1087M. Adapun kaum Sungai itu ialah keturunan bangsa Naubah (kulit hitam), dekat Sudan yang turun dari Gurun pasir Mesir ketika negeri itu diserang oleh bangsa Arab zaman dahulu. Dia telah dapat mendirikan suatu kerajaan yang kuat di sana yang belum mundur, melainkan di zaman negeri itu ditaklukkan oleh Mansur Sa'diy, Sultan Morocco, Kerajaan Sungai itu ialah di Sudan.
Abu Bakar itu telah dapat meluaskan kekuasaannya sampai ke tanah Nigeria, dan negeri-negeri yang sekarang terkenal dengan nama 'Pantai Kencana', Dahomi dan negeri-negeri Nigeria. Kerajaan itu terbahagi empat cabang, pusatnya ialah negeri Junnah.
Demikianlah dari pihak Barbar. Dan dari pihak bangsa Arab, bani Hilal telah masuk ke negeri Tripoli, sampai ke lembah Waddaan, dari situ terus ke Wallanah, dan terus ke Sudan. Di sana berjumpalah dua kekuasaan, iaitu kekuasaan Barbar dengan kekuasaan Arab. Setelah bertemu bercampurlah mereka menjadi satu bangsa sampai dewasa ini.
Kata Al-Qalaqsyandi: 'Setelah bangsa Barbar itu memeluk agama Islam dan bergaul dengan bangsa Arab karena penaklukan negeri, maka lemahlah kerajaan Ghanah itu dan jatuhlah pamumya, sehingga mereka dapat dikalahkan oleh bangsa Susu yang berdekatan dengan mereka. Negeri Ghanah itu telah dapat mereka rampas dari ahlinya. Adapun raja-raja bangsa Mali telah memeluk agama Islam lebih dahulu.'
Maka bertambah luaslah kekuasaan Islam sejak dari sebelah Barat daya sampai ke Bambarah dan negeri Maning dan Balah dalam abad kedua belas Masihi, dan sampai juga agama Islam ke sebelah Timur laut, sampai ke Danau Tshad dalam abad ketiga belas. Adapun sebelah Tenggara, iaitu negeri Ghalah, Naubah dan lain-lain, telah masuk ke dalam agama Islam di antara tahun 1300 sampai tahun 1350 Masihi.
Lamanya kerajaan Mulattsimin atau Murabitin1 itu ialah 80 tahun. Kekuasaannya sejak dari negeri Afragah sebelah timur Sepanyol sampai ke Asybunah di tepi Pantai Lautan Tengah di sebelah Barat Andalusia, sampai juga di Adua dan pulau-pulau bani Mazganah sampai ke Tanger, lalu ke hujung Sus, sampai ke Bukit Emas dan negeri Sudan.
Kerajaan Muwahhidin
Parti Murabitin yang telah kita sebutkan dahulu, meskipun mempunyai kedudukan yang teguh dan beroleh kemajuan yang pesat - maka sebagai adat hidup - ada pula golongan yang tidak ingin melihat kemajuan mereka, apa lagi mereka hanya berasal dari golongan orang-orang santri yang duduk bertekun di dalam masjid; sekarang telah beroleh kekayaan berlimpah-limpah.
Di antara orang yang tidak bersenang hati melihat kemajuan Daulat Murabitin itu adalah seorang khadam penyapu lantai masjid di Cordova, namanya Muhammad bin 'Abdullah Tumrut. Dia sangat ingin hendak mencapai kekuasaan sebagai kaum Murabitin itu pula. Di waktu mudanya dia telah belajar bermacam-macam ilmu. Kemudian bcrangkatlah dia ke negeri Baghdad menambah ilmunya kepada seorang guru yang masyhur pada waktu itu, iaitu Imam Ghazali. Sctelah dirasanya, bahawa ilmunya telah memadai, kembalilah dia ke Maghribi dan tinggal di Morocco. Di situ dimulainyalah mengeritik dan mencela perbuatan raja-raja Murabitin yang ber-salahan dengan syarak agama Islam, yang menurut fahamnya tidak lagi menuruti sunnah Rasulullah s.a.w., sehingga orang-orang awam lekas percaya kepada perkataannya itu. Melihat sikapnya yang ber-bahaya itu, dia pun diusirlah dari Morocco. Baru saja dimaklum-kan pengusiran atas dirinya, dia pun memaklumkan pula kepada pengikutnya yang telah mulai banyak, bahwa zaman sekarang agama telah lemah, syiar Islam tidak bertemu lagi, sudah padam oleh perbuatan tangan manusia. Sebab itu didakwakannyalah dirinya sebagai Al-Mahdi yang dijanjikan, akan membangkitkan perubahan di dalam alam ini, dialah yang akan mengembalikan keadilan. Maka banyaklah pengikutnya, orang-orang yang berani mati dan mahu berjuang belaka.
Sewaktu dipandangnya pengikutnya telah banyak, kekuatan belum memadai buat melawan pihak kekuasaan, pergilah dia me-larikan din ke negeri Tammaal di dalam wilayah Sus. Di sana dia menyusun kekuatan, mengumpulkan pengikutnya dan menimbulkan semangat mereka buat terus berjuang menghancurkan kekuasaan yang zalim aniaya. Pengikutnya itu dinamainya 'Al-Muwahhidun', artinya bala tentera Tauhid. Disuruhnya mendirikan sebuah benteng agar sukar bagi musuh hendak memasukinya. Disusunnya peraturan partinya itu dengan bagus sekali. Diangkat 10 orang kepala dari kalangan muridnya. Di antara murid-murid yang 10 itu adalah seorang murid yang lebih pintar bemama 'Abdul Mu'min, di bawah yang 10 orang itu ada pula 70 orang pahlawan-pahlawan yang memimpin pula beribu-ribu angkatan. Kian lama kian banyaklah musuh-musuh Daulat Murabitin yang menggabungkan diri kepada parti baru ini.
Setelah dirasanya cukup kuat, maka pada tahun 1112M. dimulainyalah memerangi kerajaan Murabitin itu. Tiga kali berturut-turut terjadi peperangan besar dan pada ketiga kali peperangan itu sentiasa mereka beroleh kemenangan dan sentiasa Murabitin kalah. Dalam tahun 1113 dimulainyalah mengepung kota Morocco, karena di sana pusat pemerintahan dan kedudukan Murabitin. Tetapi kerajaan Murabitin temyata masih kuat, sehingga perlawanan yang akhir itu tidak beroleh hasil yang menyenangkan, sehingga banyaklah tentera-nya yang lari, meninggalkan dia sendirian. Dalam tahun 1125 kelihatan keputus-asaan kepala parti yang besar itu.
Tetapi muridnya 'Abdul Mu'min tidak mengenal putus asa. Dia sanggup meneruskan perang, disusunnya seldadu kembali, dikatakan-nya bahwa dirinya adalah khalifah gurunya. Belum beberapa hari pimpinan parti itu terserah ke tangan 'Abdul Mu'min, meninggallah gurunya yang telah kerja keras mengumpulkan dan mendirikan parti baru itu. 'Abdul Mu'min bekerja giat dan keras mengembalikan yang dahulu. Di dalam tahun 1130 parti itu telah kuat kembali.
'Abdul Mu'min memang seorang yang cerdik dan luas pandangan. Dari tahun 1130 sampai tahun 1137 telah dapat dipersatukannya segenap pengikutnya, dan kabilah-kabilah yang ada di negeri Tanmaal dan negeri Saal, semuanya telah mengakui tunduk kepada-nya dan berjanji teguh setia. Akhimya dapat diambilnya negeri Telimsan, dekat Morocco. Disusunnya tenteranya dengan susunan cara baru buat zaman itu, dirampasnya negeri Telimsan itu, sehingga tentera Murabitin terpaksa mundur, lalu diteruskannya penyerangannya ke negeri Tunisia, dari sana terus ke Tripoli, terus ke Qairuan dan ke Madinah.
Sejak itu mulailah lemah kekuatan Murabitin.
Setelah itu dikirimnya pula tentera mengalahkan negeri Jaraf. Bukan saja dia telah menghapuskan kekuasaan Murabitin, bahkan dilawannya pula raja Portugis pada tahun 1147. Dari tahun 1152 sampai tahun 1156 ditaklukkannya negeri Almeria, dirampasnya dari tangan raja Alfonso VII. Dalam tahun 1156 sampai tahun 1160 dapat dikirimnya bala tentera menaklukkan negeri Granada dan negeri-negeri yang memanjang sampai ke lembah Yani'.
Perhatian yang utama ditumpahkan oleh kerajaan Muwahhidin ialah mempertahankan negeri Islam yang masih di tangan kaum Muslimin, jangan sampai jatuh ke tangan orang Nasrani. Tetapi kemudian setelah kelihatan oleh kerajaan Muwahhidin, bahwa bangsa Sepanyol hendak bersatu dengan bangsa Portugis, dengan tidak segan lagi diperanginya kedua bangsa itu.
Daulat Muwahhidin telah berjasa membangunkan semarak tanah Andalusia kembali, sehingga menyerupai kemuliaan di zaman kerajaan bani Umaiyah dahulu. Di majukannya ilmu pengetahuan, dikasihinya orang bijak dan orang alim, didirikannya madrasah yang bagus-bagus dan gedung pustaka yang indah dan lengkap. Yang paling utama memajukan kerajaan ini ialah 'Abdul Mu'min, Yusof dan Ya'kub.
Tetapi kebesaran itu lambat laun berakhir juga. Muhammad An-Nasir kalah dalam satu pertempuran di Toulose, sehingga tjdak bangun lagi. Dengan kekalahannya itu tidaklah tegak Daulat Muwahhidin lagi, mulailah orang-orang Sepanyol yang telah takluk itu mem-berontak kembali. Dengan sebab itu habislah kuasanya di tanah Sepanyol. Kemudian itu maka Gabnor di negeri Tunisia dalam tahun 1242 melepaskan din pula dan mendirikan pemerintahan sendiri. Itulah kerajaan bani Hafas.
Dalam tahun 647H, jatuhlah kerajaan itu, setelah memerintah 174 tahun lamanya. Daulat Muwahhidin itu adalah salah satu kerajaan Islam yang terbesar dan terkuat di Maghribi. Bukan saja jasa mereka di dalam memajukan ilmu pengetahuan yang tersebut di dalam tarikh, tetapi mereka lebih masyhur karena kekuatan armada laut yang mereka dirikan, sehingga luaslah kekuasaannya ke laut dan ke darat. Kebesaran yang dicapai oleh Daulat Muwahhidin tidaklah tercapai oleh Murabitin yang digantikannya. Di sebelah Utara sampai kekuasaannya ke Sahara Afrika yang luas itu, ke sebelah Barat sampai ke laut Gulita (Laut Hitam), sebelah Timur sampai ke padang pasir yang membatas bumi Mesir, dan sebelah Selatan sampai ke laut Roemi. Negeri-negeri yang besar dan masyhur di Sepanyol di bawah takluknya, sebagai Isybiliya, Qurthubah, Gamathah, Malaqah, Almeriah dan sekalian kota-kota yang berada di sekitar Wadi Alkabir. Di sebelah Timur laut kerajaannya berbatas dengan kerajaan Lasbillia dan kerajaan Ibnu Sa'ad yang memerintah di Valencia dan Mercia. Banyak pula negeri-negeri yang lain di sebelah pinggir kanan dari lembah Jana, sampai pula ke pinggir kin, semuanya itu di bawah takluk kerajaan Muwahhidin. Negeri Portugis sebelah Barat, pun di bawah pengaruh mereka juga. Lantaran itu tidaklah hairan kalau dari pihak-pihak yang berdekatan negeri itu kerapkall juga ada serangan timbul terhadap jajahan-jajahan itu.
Artikel Terkait :
0 komentar:
Posting Komentar